jump to navigation

Pantun

Apa itu pantun?

Za’ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, “Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama.”

Dalam makalah pilihan ‘Sejarah Dalam Empat Baris’, Prof. Muhammad Haji Salleh mengungkapkan kepentingan pantun seperti berikut ‘Orang Melayu selalu melihat alam sebagai cermin untuk dirinya, guru untuk keadaan dan nasibnya. Jadi padanya dunia dilihat sebagai terbagi dua – dunia alamraya, yang menjadi pembayang atau cermin untuk hidupnya, dan dunianya sendiri – dunia manusia.’

Noriah Taslim pula menggambarkannya begini, “pantun seperti yang dianggap ramai adalah satu bentuk puisi lisan Melayu yang bersifat peribumi. Bentuk pantun sama seperti bentuk puisi ‘macapat’ di Jawa, tidak memperlihatkan pengaruh bentuk-bentuk prosodi India ( mantara/matar/manir, shloka dan kavya ) atau Arab/Parsi ( syi’r/saj’ ) – dua tradisi besar yang paling kuat mempengaruhi sastera Melayu tradisional.”

Apa yang dinyatakan oleh Noriah Taslim itu memberi ‘kefahaman baru’ kepada saya bahawa pantun adalah puisi Melayu yang tulin sejak dahulu. Bila datangnya Islam ia masih digunakan kerana tidak bertentangan dengan Islam malah boleh digunakan untuk dakwah. Mari kita lihat antara fungsi-fungsinya :

Selanjutnya dalam ‘Ghairah Dunia Dalam Empat Baris : Pantun Sebagai Bentuk Bersama’, Prof. Muhammad Haji Salleh menulisnya begini :

Pantun hadir di antara manusia Nusnatara sebagai sebuah taman terindah bahasa, yang selalu dikunjungi mereka. Bunga-bunganya juga berwarna warni, dan wangiannya tanpa bandingan. Bunga-bunga ini disimpan di bibir, dalam ingatan, dalam tulisan dan upacara harian. Tanpa pantun manusia Nusantara ini menjadi lebih miskin, lebih kaku dan bisu. Dengannya dia meningkat menjadi ahli falsafah, perenung alamraya, penggubal hukum, ahli agama dan kekasih yang sedang asyik bercumbu, penyanyi yang menarik nasib dan anak yang sedang bermain di padang.

Saya belum dapat menukilkan kata-kata daripada penulis terkenal, sastrawan negara dan penyair-penyair di negara kita dan Nusantara seperti Mohd Taib Osman , Khadijah Hashim , Siti Zaleha M.Hashim , Nik Safiah Karim , Pak Sako , Abdullah Sidek , Sutan Tadir Ali Alisjahbana , Usman Awang dan banyak lagi.

Sekadar apa yang ada tertera di atas, belum memadai untuk menyimpulkan sesuatu, tambahan pula setahu saya belum ada kajian dijalankan mengenainya. Namun, sekadar luahan rasa berkongsi kerisauan tentang anak bangsa umat Melayu, ada baiknya saya limpahkannya dalam ruangan ini untuk direnungkan bersama. Seperti yang saya katakan tadi, bukan untuk menunjuk pandai …..sekadar meluahkan kerisauan yang bersarang di dada. Semuanya gara-gara melihat tingkah dan geraklaku generasi muda kita kini.

Apa kena mengenanya kerisauan itu dengan pantun? Inilah yang menarik untuk saya luahkan. Sebelum itu saya sertakan petikan pantun yang disiarkan dalam makalah Prof. Muhammad Haji Salleh :

Dalam Perlak ada kebun

Dalam kebun ada taman,
Dalam gelak ada pantun,

Dalam pantun ada mainan.

RUJUKAN

Za’ba (1965 ). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Haji Salleh ( ). Sejarah dalam Empat Baris. Laman Web pantun.usm.my. Sekretariat Pantun Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Diperolehi pada 21 April 2009 dari

http://www.usm.my/pantun/sejarah.asp

Noriah Taslim ( ). PANTUN DAN PSIKODINAMIKA KELISANAN. Laman Web pantun.usm.my. Sekretariat Pantun Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Diperolehi pada 21 April 2009 dari

http://www.usm.my/pantun/sejarah.asp

Muhammad Haji Salleh ( ). Sejarah dalam Empat Baris. Laman Web pantun.usm.my. Sekretariat Pantun Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Diperolehi pada 21 April 2009 dari

http://www.usm.my/pantun/sejarah.asp

Komentar»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: